-->

Macam Inilah Kalau Van Bawa RM4 juta TERBALIK, Bagaimana Nasib Wangnya?

Macam Inilah Kalau Van Bawa RM4 juta TERBALIK, Bagaimana Nasib Wangnya?
Macam Inilah Kalau Van Bawa RM4 juta TERBALIK, Bagaimana Nasib Wangnya?
Sebuah van keselamatan membawa wang tunai RM4 juta terbalik selepas dirempuh sebuah kereta.

Dua pengawal keselamatan cedera ringan dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Subang, jam 10.35 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Menyatakan semua wang selamat dan dipindah ke van lain, ketua polis daerah Petaling Jaya berkata nahas berlaku berikutan pemandu van memasuki lorong kereta itu.

Via Malaysiakini.com


Pemandu kereta tidak dapat mengelak dan melanggar van dari belakang sehingga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik,” lata ACP Mohd Zani Che Din.

Ketua polis ibu pejabat daerah (IPD) Petaling Jaya Mohd Zani Che Din berkata kenderaan itu terbalik akibat kemalangan dengan sebuah kereta berjenama Nissan Livina.

“Berdasarkan laporan, kereta tersebut van keselamatan tersebut telah memasuki di depan laluannya hingga menyebabkan pemandu kereta tersebut tidak dapat mengelak melanggar van tersebut dari arah belakang.

“Dan van tersebut terbabas hingga melanggar pembahagi di tengah jalan hingga terbalik di jalan raya.

“Wang di dalam van tersebut sudah dialihkan ke van lain dengan selamat,” katanya.

Dua pegawai keselamatan dalam van itu cedera ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).

Pemandu van berusia 35 tahun dan pemandu kereta berusia 44 tahun tidak cedera.

Kes masih dalam siasatan, kata polis lagi.

Sumber malaysiakini.com freemalaysiatoday.com

Advertisement