-->

Ternyata Inilah Sebab Tak Akan Ada Lagi Pramugari Air Asia Untuk Penerbangan Ke Aceh !

Ternyata Inilah Sebab Tak Akan Ada Lagi Pramugari Air Asia Untuk Penerbangan Ke Aceh !
Ternyata Inilah Sebab Tak Akan Ada Lagi Pramugari Air Asia Untuk Penerbangan Ke Aceh !

Syarikat penerbangan AirAsia hanya akan menggunakan pramugara untuk penerbangan ke Aceh. Dasar ini digubal selepas wilayah-wilayah di Indonesia memohon agar petugas-petugas penerbangan wanita Muslim harus mengenakan jilbab apabila tiba di kawasan itu.


Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata buat sementara waktu penerbangannya dari dan ke Aceh akan dikendalikan kru penerbangan lelaki sahaja, susulan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan peraturan menjadikan pemakaian tudung sebagai wajib bagi pramugari beragama Islam yang masuk ke wilayah itu.



Reuters melaporkan pihak berkuasa Aceh menghantar surat ke syarikat penerbangan nasional negara itu Garuda Indonesia dan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia dan Firefly.

Surat itu menyatakan 'kesemua pramugari wajib memakai jilbab (tudung) bersesuaian dengan undang-undang syariah'.

Bagaimanapun, ketua kerajaan tempatan Aceh Besar, Mawardi Ali memberitahu Reuters pramugari bukan Islam tidak wajib memakai tudung. Lapangan terbang Antarabangsa Banda Aceh terletak di dalam daerah Aceh Besar.

Berikutan itu, AirAsia mengeluarkan kenyataan yang mengambil maklum peraturan baru itu dan komited untuk memastikan operasi penerbangannya mematuhinya.

"Buat masa ini, kesemua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan kru penerbangan lelaki sahaja," kata kenyataan itu.

Manakala itu, The Star melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Firefly Ignatius Ong berkata kemungkinan syarikat itu akan menjadualkan kru lelaki dan bukan Islam bagi penerbangan ke wilayah itu.

Ong berkata syarikat itu juga sedang mempertimbangkan pakaian luaran bagi menutup seragam pramuragi tetapi belum ada lagi keputusan diambil bagi hal tersebut.

Aceh merupakan satu-satunya provinsi Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Source Republika.com, malaysiakini.com


Advertisement