Baru-baru ini muncul iklan dari seorang individu yang berkata “baik beli BMW dari Vios”, membeli sebuah BMW 3-Series E90 adalah jauh lebih berbaloi dari membeli sebuah Toyota Vios.
Menurut iklan beliau, dari membelis ebuah Toyota Vios, adalah lebih baik membeli sebuah BMW 320i E90 kerana Vios adalah sebuah kenderaan yang tidak begitu sempurna berbanding dengan BMW (memang sebuah Vios tidak patut dibandingkan dengan sebuah BMW, baik di bumi atau di planet-planet lain), dan adalah lebih bijak untuk membeli sebuah BMW 3-Series terpakai.
Mungkin beliau sedikit “over” di dalam iklan tersebut kerana ada banyak faktor yang tidak dikongsi – contohnya harga insurans, harga alat ganti, jumlah penyurutan nilai dan juga fakta di mana ia memerlukan seorang pemilik yang rajin untuk melayan sebuah kenderaan Jerman terpakai.
Saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan dari Page Auto Stylista di Facebook nampaknya berfikiran sama seperti kami dan beiau tampil menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya.
Kamarul sebenarnya memang memiliki sebuah BMW 3-Series E90 dan kerana itu, pengalaman beliau memang boleh diterima-pakai.
Teruskan membaca komentar Kamarul yang dimuat-naik di dalam laman Facebook beliau.
Kamarul dan BMW E90 beliau.
Sebagai pemilik BMW E90, aku sarankan agar kau orang tak terperdaya dengan penjual seperti ini.
Aku beli E90 LCI tahun keluaran 2010 pada tahun 2012 di BMW Premium Selections— kira secondhand tapi melalui Auto Bavaria.
Masa ambil, odometer baru 8,000km. Ada warranti lagi setahun. Lima tahun aku guna kereta ni aku boleh kata kereta ini bagus.
Aku berpuashati dengannya, cuma pemilikan kereta ini tak seindah gambaran yang dihebahkan.
Beberapa perkara kau kena tahu:
1. Harga: RM80,000 hutang vs RM75,000 tunai. Bukan mudah kumpul wang tunai sebanyak RM75,000. Kalau kau ada wang tunai sebanyak itu, elok kau guna duit itu untuk beli kereta terpakai yang masih boleh buat pinjaman bank dan bayar harga muka tinggi, selebihnya kau laburkan.
2. Waranti: BMW terpakai tahun 2010 mestilah dah luput waranti. Kereta baru ada warranty sehingga 5 tahun. Jika kewangan baru nak stabil, jangan peningkan kepala pakai kereta tiada warranty. Kecuali kau beli kereta terpakai yang kos selenggara rendah. Semestinya bukan BMW E90.
3. Alat ganti: Sparepart reconditioned boleh dapat murah, tapi kena rajin cari sendiri. Kalau kereta dah rosak, nak kena cari lagi sparepart sendiri, memang niaya. Sparepart Taiwan pun murah, tapi apa guna beli kereta kualiti Jerman tapi semua pakai parts Taiwan yang tak authorised. Baik beli kereta tempatan tapi alat ganti asli. Bergaya jangan sampai poket papa kedana. itu kurang bijak.
4. Tayar: Sesetengah spec E90 tiada tayar spare. Ia pakai tayar run flat— bermaksud kalau pancit boleh jalan beberapa puluh kilometer lagi dengan kelajuan terhad. Harga sebuah tayar run flat untuk size untuk E90 ni mececah RM1,200 sebiji. Aku tukar kepada tayar biasa, sebab tak mampu. Kalau pancit, terpaksa panggil tow truck. Lagi satu, saiz tayar pun tak begitu mudah di cari.
5. Penjimatan bahan api: E90 320i mempunyai enjin 2.0L. Kecermatan minyaknya tak akan sama dengan enjin 1.5L. Mesti 2.0L lebih tinggi sedikit. Lagi-lagi kalau suka bawa macam pelesit, seperti yang dianjurkan dalam pos penjual. Jangan nanti dah beli E90, merungut setiap minggu sebab harga minyak naik. Dan bila pandu macam pelesit, komponen akan perlu ditukar dengan lebih kerap!
6. Lain-lain: - Ada ciri lampu tutup sendiri jika lupa matikan lampu selepas enjin dimatikan, namun namanya bukan LED Angel Eye Technology. - Kesenyapan kabin (NVH) E90, terutamanya jika spesifikasi dengan rim 18″ dan tayar run flat, tidaklah begitu hebat. Kalau versi M-sport, NVH lebih teruk kerana springnya keras. Dan Vios baharu sudah mempunyai lebih banyak alatan canggih seperti keyless entry, push start button dan lain-lain. Paling penting, Vios ini “reliable” dan menjimatkan minyak!
Kesimpulan:
Hati-hati dengan janji manis penjual. Dia cerita yang indah-indah sahaja. Tak usah percaya semua yang dia kata.
Maaf jika saya kata, jika budget kau mampu beli Vios baharu RM80,000 secara pinjaman bank, maka anda belum mampu beli BMW E90 terpakai pada harga RM75,000 secara tunai.
Oh ya! Cuba teka harga brake pad ori E90 berapa? Eh jangan kata boleh pakai brake tak ori pula.
Kamarul Ariffin Nor Sadan – Pemilik E90 juga
Sumber > Careta.my viralmeletop.com

CUTI-CUTI MALAYSIA
Tourism Malaysia telah melancarkan kempen perjalanan domestik baru yang dipanggil 'Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je' pada 17 Jun 2015 untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke tempat-tempat berdekatan di negara ini untuk percutian hujung minggu mereka. Penggunaan istilah frasa 'near je' yang tidak dapat diterokai oleh Malaysia, yang hampir diterjemahkan sebagai 'berdekatan sahaja' / 'sangat dekat' / 'begitu dekat' bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa destinasi percutian yang akan datang adalah tepat di depan pintu mereka. Perjalanan membantu memupuk hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Pilihan untuk percutian tempatan yang seterusnya adalah tidak berkesudahan dan memenuhi semua jenis belanjawan. Ia boleh menjadi tempat tinggal yang mudah di bandar, percutian cepat di bandar seterusnya, perjalanan gastronomi di beberapa negeri, atau tinggal di resort hutan hujan yang subur.
Kempen baru 'Cuti-Cuti 1Malaysia Dekat Je' atau dikenali sebagai 'CC1M Dekat Je' adalah peningkatan jenama kempen 'Cuti-Cuti 1Malaysia', yang dimulakan pada tahun 2009 untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan destinasi percutian tempatan dan untuk melakukan perjalanan semasa musim puncak. Kempen ini juga bertujuan untuk menghasilkan pendedahan yang lebih besar bagi produk pelancongan tempatan dan mengukuhkan pakatan antara pemain utama dalam industri.
Dengan pengenalan 'CC1M Dekat Je', selain mempromosikan integrasi nasional dalam pelbagai komuniti etnik, diharapkan dengan tumpuan yang lebih besar diberikan kepada pasaran riadah dalam negeri, panjang masa tinggal dan perbelanjaan akan meningkat untuk membantu mengembangkan lagi pembangunan ekonomi negara. Dengan publisiti yang luas dan peningkatan kesedaran tentang tarikan dan aktiviti pelancong tempatan yang berpotensi maju serta pelbagai pilihan percutian, rakyat Malaysia akan didorong untuk melakukan perjalanan dan merancang percutian mereka di negara ini.
Suka percutian hujung minggu di pulau-pulau Malaysia yang terbaik? Lapar untuk laksa Pulau Pinang tetapi tertanya-tanya apa lagi yang ada untuk dimakan? Adakah anda tahu di mana tinggal di Kuala Lumpur sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kecil? Atau hanya mahu pergi dan menikmati rehat yang baik di Malaysia? Jom!
Pakar-pakar perjalanan kami, blogger dan penulis tamu tempatan bersama-sama berkongsi tips untuk menikmati cuti-cuti Malaysia. Di mana hendak pergi, apa yang perlu dilakukan, tempat tinggal, jadual perjalanan, kafe, tempat makan, dan beberapa permata tempatan yang rendah untuk diperiksa. Kami tahu anda suka pantai, pengembaraan dan percutian hujung minggu yang murah dengan keluarga supaya kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi inspirasi kepada anda pada apa yang anda suka semasa bercuti!
Sumber www.tourism.gov.my
Advertisement